PEMBANGUNAN BANGUNAN TAMBAHAN DI MASJID BILAL BIN RABAH, TAMAN KOPERASI POLIS FASA 1

Pembangunan bangunan tambahan di Masjid Bilal Bin Rabah, Taman Koperasi Polis Fasa 1 ini bertujuan memberi keselesaan kepada para jemaah yang hadir bagi sebarang aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan. Antara komponen-komponen yang bakal disediakan adalah ruang solat tambahan, dewan serbaguna, bilik jenazah, ruang pejabat, studio apartment bagi musafir, tandas dan setor.
PEMBANGUNAN SEMULA MASJID ANAS BIN MALIK

Sebuah masjid lama yang telah dibina di tahun 1960 dan telah dirasmikan pada 8 Oktober 1961 oleh Almarhum TYT Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama dan Bapa Kemerdekaan Tanah Melayu. Walaupun masjid tersebut berkeadaan uzur, ianya masih boleh digunakan sehingga kini tanpa sebarang perubahan dilakukan kepada struktur dan rekabentuk asal bangunannya. Sebelumnya […]