PEMBANGUNAN SURAU AN-NA’IM, PRESINT 12, PUTRAJAYA

Kawasan Presint 12, Putrajaya merupakan sebuah kawasan yang baru dan telah dibangunkan oleh pihak Putrajaya Homes (PJH). Berdasarkan cadangan asal pembangunan, terdapat tujuh kawasan perumahan yang akan dibina di kawasan ini. Tiga kawasan perumahan telah siap dan diduduki (Augusta, Pine Valley dan Turnberry) manakala empat kawasan perumahan masih lagi dalam pembinaan dan dalam perancangan (Murraya, […]
PEMBANGUNAN KOMPLEKS KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM MAIWP PUTRAJAYA (KKPIMP)

Kompleks Kecemerlangan Pendidikan Islam MAIWP bakal menjadi pemangkin pembangunan modal insan serta pusat pendidikan berimpak tinggi di Wilayah Persekutuan. Dengan konsep Smart Campus berimejkan Islam yang progresif dan dinamik, kompleks ini menggabungkan teknologi moden dengan nilai Islamik bagi melahirkan generasi berilmu, berdaya saing dan berakhlak tinggi. Kompleks Kecemerlangan Pendidikan Islam MAIWP ini dijangka mampu memuatkan seramai […]
PEMBANGUNAN SURAU IBNU SINA, HOSPITAL PUTRAJAYA

Alhamdulillah, pembinaan surau baru kini hampir ke garisan penamat… Namun, masih berbaki sejumlah dana yang diperlukan bagi menyiapkan sepenuhnya rumah Allah ini. Projek pembangunan Surau lbnu Sina, Hospital Putrajaya ini sedang dalam pelaksanaan dan kerja-kerja pembangunan sedang giat dijalankan. Walau bagaimanapun, pembangunan surau ini memerlukan sejumlah baki RM593,379.94 untuk mencukupkan keseluruhan pembangunan surau. Surau hospital […]
PEMBANGUNAN SURAU AL-FIRDAUS, PRESINT 11F, PUTRAJAYA

Surau Al-Firdaus telah dirancang dan diluluskan untuk pembinaan di Lot PT 14812 Presint 11F Putrajaya bermula pada tahun 2016. Surau ini dijangkakan mampu menampung 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Selain memberi manfaat kepada penduduk di Presint P11F, surau ini yang terletak berhampiran dengan Pusat Kejiranan Presint 11 ini juga akan memberi manfaat kepada pengunjung […]
PEMBANGUNAN SEMULA SURAU PPAM JINTAN, PRESINT 16, PUTRAJAYA

Pembinaan Surau Jintan ini bakal memberikan keselesaan dan kemudahan kepada penduduk dan kawasan sekitar surau di PPAM Jintan, Presint 16, Putrajaya. Pembinaan surau ini kelak bakal dilengkapi dengan kemudahan asas seperti Bilik IMam, Bilik PA System, Stor, Ruang Tandas dan Bilik Wudhu’. Dengan adanya surau yang lengkap ini, akan menggalakkan lagi kehadiran penduduk untuk solat […]
PEMBANGUNAN SURAU NUR PERDANA PRESINT 10C, PUTRAJAYA

Persatuan Penduduk Presint 10 (PETRA) telah menubuhkan satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Pembangunan Surau Presint 10 untuk menggerakkan usaha ke arah mewujudkan surau di Presint 10. Tapak yang dicadangkan ialah di atas Lot 461, Geran 1680, Presint 10, Putrajaya yang dimiliki oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP). Keluasan keseluruhan tanah ini ialah 2,144 meter persegi. Bilangan […]
PEMBANGUNAN SURAU AL-ITTIFAQIYYAH, PRESINT 8E, PUTRAJAYA

Kawasan penempatan Presint 8E, Putrajaya mulai diduduki pada tahun 2022. Penempatan ini menempatkan seramai 5,000 orang penduduk dan 99% daripadanya adalah beragama Islam. Tapak yang dicadangkan bagi pembangunan ini adalah di atas Lot 1000, Geran 3544, Presint 8E, Putrajaya yang dimiliki oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP). Keluasan tanah ini adalah 2,125 meter persegi. Keperluan pembinaan […]
PEMBANGUNAN SURAU AL-HIJRAH, PRESINT 14, PUTRAJAYA

Penduduk di sekitar kawasan Presint 14, Putrajaya menunaikan solat fardhu, Solat Jumaat dan mengikuti pengajian agama dengan menumpang di Surau Al-Syakirin yang terletak di dalam kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 14(1), Putrajaya. Sejak sekolah mula beroperasi sekitar tahun 2009, pihak sekolah telah bersetuju untuk membenarkan penduduk di sekitar Presint 14, Putrajaya menggunakan surau sekolah sebagai […]