5,000 Naskhah Al-Quran Wakaf Diserah Kepada Sekolah di Putrajaya

Sebanyak 5,000 naskhah Al-Quran bernilai RM300,000 hasil sumbangan wakaf telah diserahkan kepada sekolah-sekolah di seluruh Putrajaya menerusi Majlis Perasmian Penyerahan Wakaf Al-Quran Pendidikan MAIWP Siri 2 Tahun 2026, sekali gus memperkukuh usaha membudayakan al-Quran dalam kalangan warga pendidikan. Majlis yang berlangsung di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin itu telah disempurnakan oleh […]

PEMBANGUNAN SURAU AN-NA’IM, PRESINT 12, PUTRAJAYA

Kawasan Presint 12, Putrajaya merupakan sebuah kawasan yang baru dan telah dibangunkan oleh pihak Putrajaya Homes (PJH). Berdasarkan cadangan asal pembangunan, terdapat tujuh kawasan perumahan yang akan dibina di kawasan ini. Tiga kawasan perumahan telah siap dan diduduki (Augusta, Pine Valley dan Turnberry) manakala empat kawasan perumahan masih lagi dalam pembinaan dan dalam perancangan (Murraya, […]

PEMBANGUNAN KOMPLEKS KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM MAIWP PUTRAJAYA (KKPIMP)

Kompleks_Kecemerlangan_Pendidikan_Islam

Kompleks Kecemerlangan Pendidikan Islam MAIWP PUTRAJAYA Bukan sekadar bangunan baharu tapi ini soal masa depan yang tergadai jika kita berlengah. Ini bukan cerita rekaan. Ini realiti 1,150 pelajar yang bergantung harap pada ruang yang sudah lama tidak mencukupi keperluan mereka. Bantu kami bina kampus baharu yang mampu membentuk sehingga 3,000 generasi ummah bertaraf dunia. Pondok […]

PEMBANGUNAN SURAU AL-FIRDAUS, PRESINT 11F, PUTRAJAYA

Surau_Al-Firdaus_Presint_11F

Surau Al-Firdaus telah dirancang dan diluluskan untuk pembinaan di Lot PT 14812 Presint 11F Putrajaya bermula pada tahun 2016. Surau ini dijangkakan mampu menampung 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Selain memberi manfaat kepada penduduk di Presint P11F, surau ini yang terletak berhampiran dengan Pusat Kejiranan Presint 11 ini juga akan memberi manfaat kepada pengunjung […]

PEMBANGUNAN SEMULA SURAU PPAM JINTAN, PRESINT 16, PUTRAJAYA

Surau_PPAM_Jintan

Pembinaan Surau Jintan ini bakal memberikan keselesaan dan kemudahan kepada penduduk dan kawasan sekitar surau di PPAM Jintan, Presint 16, Putrajaya. Pembinaan surau ini kelak bakal dilengkapi dengan kemudahan asas seperti Bilik IMam, Bilik PA System, Stor, Ruang Tandas dan Bilik Wudhu’. Dengan adanya surau yang lengkap ini, akan menggalakkan lagi kehadiran penduduk untuk solat […]

PEMBANGUNAN SURAU NUR PERDANA PRESINT 10C, PUTRAJAYA

Surau_Presint10

Persatuan Penduduk Presint 10 (PETRA) telah menubuhkan satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Pembangunan Surau Presint 10 untuk menggerakkan usaha ke arah mewujudkan surau di Presint 10. Tapak yang dicadangkan ialah di atas Lot 461, Geran 1680, Presint 10, Putrajaya yang dimiliki oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP). Keluasan keseluruhan tanah ini ialah 2,144 meter persegi. Bilangan […]

PEMBANGUNAN SURAU AL-HIJRAH, PRESINT 14, PUTRAJAYA

Surau_Al-Hijrah_Presint_14

Penduduk di sekitar kawasan Presint 14, Putrajaya menunaikan solat fardhu, Solat Jumaat dan mengikuti pengajian agama dengan menumpang di Surau Al-Syakirin yang terletak di dalam kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 14(1), Putrajaya. Sejak sekolah mula beroperasi sekitar tahun 2009, pihak sekolah telah bersetuju untuk membenarkan penduduk di sekitar Presint 14, Putrajaya menggunakan surau sekolah sebagai […]