WAKAF AL-QURAN PENDIDIKAN MAIWP

Program Wakaf Al-Quran Pendidikan MAIWP ini merupakan program penambahbaikan dan pemerkasaan kualiti pendidikan Al-Quran secara holistik dengan melengkapkan kemudahan naskhah Mushaf Al-Quran Terjemahan yang bersesuaian dengan pendidikan di sekolah-sekolah di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Program ini melibatkan sinergi kerjasama bersama MAIWP, PPZ-MAIWP, JAWI, Pertubuhan Ikatan Kasih Ummah dan Jabatan Pendidikan di Wilayah […]