5,000 Naskhah Al-Quran Wakaf Diserah Kepada Sekolah di Putrajaya

Sebanyak 5,000 naskhah Al-Quran bernilai RM300,000 hasil sumbangan wakaf telah diserahkan kepada sekolah-sekolah di seluruh Putrajaya menerusi Majlis Perasmian Penyerahan Wakaf Al-Quran Pendidikan MAIWP Siri 2 Tahun 2026, sekali gus memperkukuh usaha membudayakan al-Quran dalam kalangan warga pendidikan. Majlis yang berlangsung di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin itu telah disempurnakan oleh […]

WAKAF AL-QURAN PENDIDIKAN MAIWP

PIKU_Al-Quran

Program Wakaf Al-Quran Pendidikan MAIWP ini merupakan program penambahbaikan dan pemerkasaan kualiti pendidikan Al-Quran secara holistik dengan melengkapkan kemudahan naskhah Mushaf Al-Quran Terjemahan yang bersesuaian dengan pendidikan di sekolah-sekolah di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Program ini melibatkan sinergi kerjasama bersama MAIWP, PPZ-MAIWP, JAWI, Pertubuhan Ikatan Kasih Ummah dan Jabatan Pendidikan di Wilayah […]