PEMBANGUNAN SEMULA MASJID ANAS BIN MALIK

Sebuah masjid lama yang telah dibina di tahun 1960 dan telah dirasmikan pada 8 Oktober 1961 oleh Almarhum TYT Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama dan Bapa Kemerdekaan Tanah Melayu. Walaupun masjid tersebut berkeadaan uzur, ianya masih boleh digunakan sehingga kini tanpa sebarang perubahan dilakukan kepada struktur dan rekabentuk asal bangunannya. Sebelumnya […]
PEMBANGUNAN SURAU AR-RAMADANIAH, TAMAN SEGAR RIA, CHERAS

Pangsapuri Segar Ria merupakan salah satu projek perumahan swasta yang telah dibina sekitar tahun 2000. Majoriti penduduk yang tinggal di pangsapuri ini beragama Islam. Dewan Serbaguna Orang Ramai telah dijadikan surau sementara bagi penduduk yang beragama Islam untuk melaksanakan aktiviti solat dan keagamaan. Walau bagaimanapun, dewan serbaguna ini merupakan harta bersama milik penduduk yang mana […]
PEMBANGUNAN SURAU AR-RAUDAH, SMK TAMAN BUKIT MALURI

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Maluri terletak di Jalan Burung Kasawari, Taman Bukit Maluri, Kepong, Kuala Lumpur. Sekolah ini merupakan sekolah harĂan yang mempunyai dua sesi iaitu sesi sebelah pagi dan petang. Warga sekolah yang beragama Islam akan mendirikan solat fardhu Zohor dan Asar di sekolah tersebut. Pada ketika ini, unit-unit bilik darjah terpaksa dijadikan […]
PEMBANGUNAN SURAU NUR PERDANA PRESINT 10C, PUTRAJAYA

Persatuan Penduduk Presint 10 (PETRA) telah menubuhkan satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Pembangunan Surau Presint 10 untuk menggerakkan usaha ke arah mewujudkan surau di Presint 10. Tapak yang dicadangkan ialah di atas Lot 461, Geran 1680, Presint 10, Putrajaya yang dimiliki oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP). Keluasan keseluruhan tanah ini ialah 2,144 meter persegi. Bilangan […]
WAKAF SMART DIDIK (WAKAF SMARTBOARD)

Dana wakaf tunai diperlukan bagi pembelian SmartBoard yang akan dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar sekolah di Wilayah Persekutuan. Program ini dikenali sebagai Smart Didik Wakaf dengan kaedah pembelajaran melalui penggunaan teknologi tinggi. Dijangka bakal memberi impak yang besar kepada pelajar dan warga pendidik dalam melahirkan masyarakat yang celik digital. Sebanyak 17 buah Smartboard telah berjaya diagihkan ke […]
PEMBANGUNAN SURAU AL-HIJRAH, PRESINT 14, PUTRAJAYA

Penduduk di sekitar kawasan Presint 14, Putrajaya menunaikan solat fardhu, Solat Jumaat dan mengikuti pengajian agama dengan menumpang di Surau Al-Syakirin yang terletak di dalam kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 14(1), Putrajaya. Sejak sekolah mula beroperasi sekitar tahun 2009, pihak sekolah telah bersetuju untuk membenarkan penduduk di sekitar Presint 14, Putrajaya menggunakan surau sekolah sebagai […]
SURAU AL-AMIN, TAMAN ROWTHER

Cadangan pembangunan Surau Al-Amin, Taman Rowther ini merupakan cetusan idea usahasama Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Rowther. Tapak cadangan pembangunan surau ini terletak di atas Lot No. 62819, Jalan Batu Jauhar 1, Taman Rowther, 68100 Kuala Lumpur milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) yang berkeluasan 1,012 meter persegi. Pembangunan […]