Sampai Bila Rumah Allah Harus Bersempit Di Bawah Flat & Berkongsi Ruang Dengan Parkir Motor?
Jemaah Surau Ar-Ramadaniah merayu ihsan anda. Bantulah kami keluar dari ruang yang padat dan daif ini ke bangunan surau baru yang lebih mulia.
Terletak di bawah blok Pangsapuri Taman Segar Ria, Cheras, Surau Ar-Ramadaniah kini berada dalam keadaan yang sangat mendesak. Bayangkan suasana ibadah kami setiap hari.
Kami tidak mahu lagi melihat jemaah tersisih di sudut flat yang sempit. Kami telah melancarkan projek Pembangunan Bangunan Baru Surau Ar-Ramadaniah.
Apa yang akan kita bina bersama?
- Bangunan Khas (Stand-alone): Sebuah bangunan surau yang berdiri sendiri, jauh daripada gangguan bunyi parkir dan dewan orang ramai.
- Kapasiti Jemaah Lebih Luas: Memberi ruang kepada seluruh penduduk Taman Segar Ria untuk solat berjemaah dengan selesa dan tenang.
- Kemudahan Fasiliti Yang Baik : Tempat wuduk yang sempurna, ruang solat wanita yang lebih luas, dan bilik pengurusan jenazah yang sistematik.
- Pusat Transformasi Ummah : Surau ini bakal menjadi pusat aktiviti remaja dan kelas pengajian Al-Quran yang lebih kondusif.
Peluang untuk anda membina “Istana di Syurga” kini dibuka. Kami memerlukan sokongan anda untuk mencapai sasaran pembangunan ini:
Sasaran Wakaf: RM4,117,647.06
Setiap ringgit yang anda sumbangkan adalah “batu bata” yang akan membela anda di padang mahsyar kelak.
Jangan biarkan jemaah Ar-Ramadaniah terus bersesak di bawah pangsapuri.
Inilah masa terbaik untuk anda berwakaf sebagai tanda syukur atas rezeki yang Allah pinjamkan.
Jom wakaf sekarang