NAIK TARAF SURAU JUMAAT AL-ASLAHIYAH, KG. KENANGA, JALAN SAN PENG, PUDU

Latar Belakang Surau Jumaat Al-Islahiyah Bermula sebagai sebuah surau sederhana yang dibina daripada kayu pada tahun 1959 di Kampung Kenanga, Lot 634 dan 324, Seksyen 69, Jalan San Peng, Pudu, Kuala Lumpur, Surau Jumaat Al-Islahiyah telah menjadi saksi kepada perkembangan masyarakat Islam setempat selama lebih enam dekad. Pada ketika itu, surau ini hanya mampu menampung […]

PENGGANTIAN SISTEM PENGHAWA DINGIN DEWAN AL-GHAZALI DI MASJID AL-IMAM AL-GHAZALI, KEPONG

Dewan Al-Ghazali merupakan antara fasiliti utama yang sering digunakan bagi pelbagai program dan majlis seperti majlis perkahwinan, seminar, program motivasi, graduasi sekolah, majlis doa selamat serta aktiviti kemasyarakatan yang lain. Walau bagaimanapun, keadaan semasa sistem penghawa dingin yang tidak lagi berfungsi dengan baik telah menjejaskan tahap keselesaan pengguna dewan. Keadaan ini bukan sahaja mengganggu kelancaran […]

PEMBANGUNAN SEMULA MASJID AL-MUBARAKAH, TAMAN BUKIT CHERAS

Masjid_Al-Mubarakah, Taman Bukit Cheras,

Rumah Kita Dah Tersergam Indah. Tapi, Pernah Tak Kita Terfikir Nak Bina Sebahagian ‘Rumah’ Kita Di Syurga Nanti? 8,000 Ahli Qariah Menanti Keselesaan. Di Mana Bahagian Kita Dalam Membina Rumah Allah Ini? Masjid Al-Mubarakah kini tidak lagi mampu menampung lambakan jemaah terutamanya pada hari penting seperti Solat Jumaat, Terawih, dan Hari Raya. Ayuh bersama Wakaf […]

PEMBANGUNAN SURAU AN-NA’IM, PRESINT 12, PUTRAJAYA

Kawasan Presint 12, Putrajaya merupakan sebuah kawasan yang baru dan telah dibangunkan oleh pihak Putrajaya Homes (PJH). Berdasarkan cadangan asal pembangunan, terdapat tujuh kawasan perumahan yang akan dibina di kawasan ini. Tiga kawasan perumahan telah siap dan diduduki (Augusta, Pine Valley dan Turnberry) manakala empat kawasan perumahan masih lagi dalam pembinaan dan dalam perancangan (Murraya, […]

PEMBANGUNAN MADRASATHUL GOUTHIYYAH, BRICKFIELDS

Madrasathul_Gouthiyyah

Dibangunkan sekitar tahun 1987. Dahulu, struktur bangunannya diperbuat daripada papan dan kayu -mampu menampung sekitar 150 orang jemaah. Majoriti persekitaran terdiri daripada kaum India Muslim dan kawasan ini juga turut dikenali sebagai Kampung Kathijah. Lokasi Madrasathul Gouthiyyah ini terletak di : https://maps.app.goo.gl/g28WvSEtoNoLFVV37 Kepesatan penduduk dan pembangunan yang amat drastik di kawasan sekitar menyebabkan keperluan menaiktaraf […]

PEMBANGUNAN SURAU DAMAS (DAMAS ISLAMIC CENTRE)

Surau_Damas

Tapak cadangan pembangunan surau terletak di atas Lot 48677. Keluasan tapak surau ini ialah 17,220.21 kaki persegi / 0.395 ekar. Pembangunan Surau Damas, Taman Sri Hartamas ini merangkumi beberapa komponen utama antaranya ialah ruang solat yang boleh memuatkan 500 orang jemaah, ruang pejabat dan perdagangan, dewan serbaguna, bilik pengurusan jenazah dan tempat letak kereta terbuka […]

PEMBANGUNAN MASJID CINA, JALAN DAVIS, KUALA LUMPUR

Masjid_Cina

Pembangunan Masjid Cina, Jalan Davis terletak di Lot 1220, Seksyen 62, Jalan Davis, Kuala Lumpur yang berkeluasan 4.6 ekar. Antara komponen projek : Masjid 3 tingkat Menara masjid Kuarters kakitangan & tetamu masjid Gerai Tandas awam Parkir bertingkat Pondok pengawal  

PEMBANGUNAN SURAU ABBAS AL-HABSHEE, PPR LAKSAMANA, JALAN PEEL

Surau_Abbas_Al-Habshee

Surau Abbas Al-Habshee sedia ada terletak di bawah Blok PPR Laksamana, Jalan Peel, Kuala Lumpur. Surau ini telah mendapat kelulusan sebagai Surau Jumaat. Kepesatan pertumbuhan penduduk di kawasan ini menyebabkan surau sedia ada tidak lagi mampu menampung bilangan jemaah yang semakin meningkat, terutamanya pada waktu solat fardu dan solat Jumaat. Sehubungan dengan pertambahan bilangan penduduk […]

PEMBELIAN FASILITI DAN KELENGKAPAN MASJID AL-SULTAN ABDULLAH, PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB)

Masjid_PNB118

Nama Masjid Al-Sultan Abdullah diambil memperingati Yang di-Pertuan Agong yang Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan merasmikan mercu tanda bersejarah ini pada tanggal 10 Januari 2024. Kedudukan masjid ini merupakan bersebelahan Stadium Merdeka dan mempunyai reka bentuk bercorak geometri kesenian Islam seperti menara moden, skrin dan seni kaligrafi Islam. Pembinaan masjid ini […]

NAIK TARAF MASJID SALLEHIN, PULAPOL

Masjid_Pulapol

Setiap kali hujan lebat, Masjid Sallehin PULAPOL dinaiki air. Bantu kami selamatkan Rumah Allah daripada terus tenggelam dalam banjir. PULAPOL Kuala Lumpur bukan sekadar pusat latihan, ia adalah ‘rumah’ kedua bagi wira-wira negara kita. Namun, sejarah telah mencatatkan duka yang mendalam di sini. Menurut laporan berita (Harian Metro), kawasan ini berulang kali menjadi mangsa kemarahan […]

NAIK TARAF MASJID AL-MUQARRABIN, BANDAR TASIK SELATAN

Masjid_Al-Muqarrabin

Permohonan sumbangan wakaf ini bertujuan bagi menaik taraf Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan.  Kerja-kerja menaik taraf masjid ini perlu dilaksanakan bagi menjamin keselesaan para jemaah yang hadir ke masjid. Masjid ini telah mula digunakan pada tahun 2005 tanpa kemudahan penghawa dingin dan mempunyai 3 tingkat dan mampu memuatkan seramai 3,000 jemaah pada satu-satu masa. Bagi […]

PEMBANGUNAN SURAU IBNU SINA, HOSPITAL PUTRAJAYA

Surau_Ibnu_Sina

Alhamdulillah, pembinaan surau baru kini hampir ke garisan penamat… Namun, masih berbaki sejumlah dana yang diperlukan bagi menyiapkan sepenuhnya rumah Allah ini. Projek pembangunan Surau lbnu Sina, Hospital Putrajaya ini sedang dalam pelaksanaan dan kerja-kerja pembangunan sedang giat dijalankan. Walau bagaimanapun, pembangunan surau ini memerlukan sejumlah baki RM593,379.94 untuk mencukupkan keseluruhan pembangunan surau. Surau hospital […]

PEMBANGUNAN KOMPLEKS ISLAM PERSATUAN ULAMA’ MALAYSIA

Kompleks_Akademi_Islam

Pembangunan Kompleks Islam ini terletak di Lot 56430, Jalan 2/109C, Taman Abadi Indah, Off Jalan Klang Lama. Kompleks ini bertujuan sebagai sebuah pusat untuk mengembangkan Syiar Islam dan ajaran-ajaran Islam. Kompleks yang bakal didirikan ini mempunyai 10 tingkat dan bakal dilengkapi dengan kemudahan seperti Surau, Tadika Islam, Dewan Serbaguna, Kelas Tahfiz, Pejabat & Bilik Mesyuarat, […]

PEMBANGUNAN MASJID KAMPUNG MELAYU FRIM, KEPONG

Masjid_Kampung_Melayu_FRIM

Dengan pertambahan bilangan penduduk serta kekangan ruang di surau sedia ada, pembinaan sebuah masjid amat diperlukan bagi memastikan keselesaan dan kelancaran ibadah jemaah, terutamanya pada waktu solat berjemaah dan program keagamaan. Pembangunan Masjid Kampung Melayu FRIM, Kepong ini bakal dimanfaatkan oleh penduduk setempat antaranya penduduk Kampung Melayu FRIM, Taman Intan Baiduri dan Taman Kepong Indah. […]

PEMBANGUNAN SEMULA MASJID JAMEK PEKAN SENTUL

Masjid_Jamek_Pekan_Sentul

Dengan kepadatan penduduk khususnya dan masyarakat sekitar, Masjid Jamek Pekan Sentul ini tidak lagi mampu menampung jumlah jemaah yang kian meningkat. Jumlah bilangan jemaah yang hadir ke surau telah meningkat dari semasa ke semasa sehingga tidak dapat menampung jumlah jemaah pada satu-satu masa. Keperluan pembinaan surau baru ini adalah sangat penting kerana terdapat struktur bangunan […]

PEMBANGUNAN SURAU MADRASATUL RASHIDIYA, TAMAN PELANGI

Madrasatul_Rashidiya

Madrasatul Rashidiya merupakan sebuah surau yang telah dibangunkan oleh komuniti India Muslim melalui usahasama dan kolaborasi masyarakat setempat di sekitar Sentul sejak penubuhannya pada tahun 2005. Sebelum ini, pengurusan surau telah menyewa rumah kediaman, bangunan kediaman dan ruang pejabat untuk dijadikan surau. Akibat dari kenaikkan kadar sewaan, Madrasatul Rashidiya telah berpindah lokasi sebanyak 5 kali. […]

PEMBANGUNAN SURAU AL-FIRDAUS, PRESINT 11F, PUTRAJAYA

Surau_Al-Firdaus_Presint_11F

Surau Al-Firdaus telah dirancang dan diluluskan untuk pembinaan di Lot PT 14812 Presint 11F Putrajaya bermula pada tahun 2016. Surau ini dijangkakan mampu menampung 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Selain memberi manfaat kepada penduduk di Presint P11F, surau ini yang terletak berhampiran dengan Pusat Kejiranan Presint 11 ini juga akan memberi manfaat kepada pengunjung […]

PEMBANGUNAN BANGUNAN TAMBAHAN DI MASJID BILAL BIN RABAH, TAMAN KOPERASI POLIS FASA 1

Pembangunan bangunan tambahan di Masjid Bilal Bin Rabah, Taman Koperasi Polis Fasa 1 ini bertujuan memberi keselesaan kepada para jemaah yang hadir bagi sebarang aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan. Antara komponen-komponen yang bakal disediakan adalah ruang solat tambahan, dewan serbaguna, bilik jenazah, ruang pejabat, studio apartment bagi musafir, tandas dan setor.

PEMBANGUNAN SEMULA SURAU PPAM JINTAN, PRESINT 16, PUTRAJAYA

Surau_PPAM_Jintan

Pembinaan Surau Jintan ini bakal memberikan keselesaan dan kemudahan kepada penduduk dan kawasan sekitar surau di PPAM Jintan, Presint 16, Putrajaya. Pembinaan surau ini kelak bakal dilengkapi dengan kemudahan asas seperti Bilik IMam, Bilik PA System, Stor, Ruang Tandas dan Bilik Wudhu’. Dengan adanya surau yang lengkap ini, akan menggalakkan lagi kehadiran penduduk untuk solat […]