PENGGANTIAN SISTEM PENGHAWA DINGIN DEWAN AL-GHAZALI DI MASJID AL-IMAM AL-GHAZALI, KEPONG

Dewan Al-Ghazali merupakan antara fasiliti utama yang sering digunakan bagi pelbagai program dan majlis seperti majlis perkahwinan, seminar, program motivasi, graduasi sekolah, majlis doa selamat serta aktiviti kemasyarakatan yang lain.

Walau bagaimanapun, keadaan semasa sistem penghawa dingin yang tidak lagi berfungsi dengan baik telah menjejaskan tahap keselesaan pengguna dewan. Keadaan ini bukan sahaja mengganggu kelancaran penganjuran program, malah turut memberi kesan kepada kepuasan para penyewa dan peserta yang hadir.

 

Akibat daripada masalah tersebut, permintaan dan tempahan penggunaan Dewan Al-Ghazali semakin berkurangan kerana pihak penganjur cenderung memilih lokasi lain yang menawarkan kemudahan yang lebih selesa. Situasi ini secara tidak langsung menyebabkan pihak masjid kehilangan sumber pendapatan yang berpotensi diperoleh melalui sewaan dewan.

Sehubungan itu, kerja-kerja naik taraf atau penggantian sistem penghawa dingin yang baharu amat diperlukan bagi memastikan Dewan Al-Ghazali kembali berfungsi dengan optimum, seterusnya meningkatkan keselesaan pengguna, menggalakkan pertambahan tempahan serta membantu menjana pendapatan berterusan kepada pihak masjid.

MAKLUMAT WAKAF

Sasaran: RM223,529.41

Terkumpul: RM130.00

Baki: RM223,399.41

0%
0%

SHARE :

PROJEK BERKAITAN

NAIK TARAF SURAU JUMAAT AL-ASLAHIYAH, KG. KENANGA, JALAN SAN PENG, PUDU

PEMBANGUNAN SURAU UMAR AL-KHATTAB, TAMAN SRI KUCHING

PEMBANGUNAN SEMULA MASJID AL-MUBARAKAH, TAMAN BUKIT CHERAS