PEMBANGUNAN SEMULA MASJID AL-MUBARAKAH, TAMAN BUKIT CHERAS

Masjid_Al-Mubarakah, Taman Bukit Cheras,

Rumah Kita Dah Tersergam Indah. Tapi, Pernah Tak Kita Terfikir Nak Bina Sebahagian ‘Rumah’ Kita Di Syurga Nanti?

8,000 Ahli Qariah Menanti Keselesaan. Di Mana Bahagian Kita Dalam Membina Rumah Allah Ini?

Masjid Al-Mubarakah kini tidak lagi mampu menampung lambakan jemaah terutamanya pada hari penting seperti Solat Jumaat, Terawih, dan Hari Raya.

Ayuh bersama Wakaf Wilayah Persekutuan merealisasikan pembangunan semula bangunan masjid dan Kompleks Islam yang baru demi mewujudkan suasana ibadah yang kondusif.

Masjid Al-Mubarakah berdiri di atas Lot 1487 dengan keluasan 0.655 ekar di Taman Bukit Cheras. Di sekelilingnya, terdapat sekitar 2,000 unit rumah yang menjadi tempat berteduh bagi lebih 8,000 orang ahli qariah.

Sebagai satu-satunya nadi ibadah di kawasan ini, keadaan semasa masjid kini sudah mencapai tahap kritikal. Kehadiran jemaah yang terlalu ramai menyebabkan ruang sedia ada tidak lagi mampu menampung semua orang.

Mengapa Wakaf Ini Sangat Penting Buat Anda?

  • Pencen Kubur Yang Berterusan: Selagi mana bangunan masjid, kelas tadika, bilik seminar, dan perpustakaan ini digunakan untuk solat dan menuntut ilmu, selagi itulah pahala jariah mengalir kepada para pewakaf tanpa putus.

  • Rasmi & Telus: Digerakkan secara sah di bawah portal rasmi Wakaf Wilayah Persekutuan bagi memastikan setiap sen sumbangan diuruskan dengan amanah dan patuh syariah.

  • Pelepasan Cukai Pendapatan: Setiap sumbangan wakaf yang sah melalui platform ini layak menerima resit rasmi untuk tujuan pelepasan cukai (LHDN).

Jadi jom sama sama sebar kebaikan dan beri manfaat kepada orang lain menerusi wakaf.

“Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah akan membina untuknya rumah di dalam syurga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

MAKLUMAT WAKAF

Sasaran: RM14,117,647.06

Terkumpul: RM724,015.05

Baki: RM13,393,632.01

5%
5%

SHARE :

PROJEK BERKAITAN

NAIK TARAF SURAU JUMAAT AL-ASLAHIYAH, KG. KENANGA, JALAN SAN PENG, PUDU

PENGGANTIAN SISTEM PENGHAWA DINGIN DEWAN AL-GHAZALI DI MASJID AL-IMAM AL-GHAZALI, KEPONG

PEMBANGUNAN SURAU UMAR AL-KHATTAB, TAMAN SRI KUCHING