NAIK TARAF DAN PEMBELIAN PERALATAN KESIHATAN PUSAT FISIO MAIWP DI MASJID ABU UBAIDAH AL-JARRAH

Pusat Fisioterapi MAIWP yang terletak di Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Taman Sri Rampai, Setapak telah siap dibina sepenuhnya pada Oktober 2022 dan telah mula beroperasi pada 17 Oktober 2022. Pusat Fisioterapi MAIWP telah dirasmikan pada 28 Mac 2023 oleh Pengerusi MAIWP pada ketika itu iaitu YBhg Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar. Pertubuhan Kumpulan Sokongan […]
TABUNG WAKAF PASCA BENCANA

Tabung Wakaf Pasca Bencana ini diwujudkan bagi tujuan penyediaan barangan / aset awam untuk keperluan selepas bencana. Selain itu juga, Tabung Wakaf Pasca Bencana ini juga diwujudkan bertujuan untuk membaikpulih barangan / aset awam terutamanya masjid atau surau yang terkesan akibat bencana. Tabung Wakaf Pasca Bencana Wilayah Persekutuan ini tidak hanya terhad kepada menerima wang […]
PEMBANGUNAN SEMULA SURAU DAN KAFA AL-SYAKIRIN, KERAMAT WANGSA

“SURAU JUMAAT AL-SYAKIRIN, KERAMAT WANGSA DIBINA DI ATAS TAPAK TANAH WAKAF” Surau Jumaat Al-Syakirin, Keramat Wangsa telah dibina di atas tapak tanah milik Perbandanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan telah didaftarkan dibawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) pada 12 Julai 1999. Tapak tanah tersebut kemudiannya telah diwakafkan oleh PKNS kepada Majlis Agama […]
PEMBANGUNAN SURAU ABBAS AL-HABSHEE, PPR LAKSAMANA, JALAN PEEL

Surau Abbas Al-Habshee sedia ada terletak di bawah Blok PPR Laksamana, Jalan Peel, Kuala Lumpur. Surau ini telah mendapat kelulusan sebagai Surau Jumaat. Kepesatan pertumbuhan penduduk di kawasan ini menyebabkan surau sedia ada tidak lagi mampu menampung bilangan jemaah yang semakin meningkat, terutamanya pada waktu solat fardu dan solat Jumaat. Sehubungan dengan pertambahan bilangan penduduk […]
PEMBELIAN FASILITI DAN KELENGKAPAN MASJID AL-SULTAN ABDULLAH, PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB)

Nama Masjid Al-Sultan Abdullah diambil memperingati Yang di-Pertuan Agong yang Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan merasmikan mercu tanda bersejarah ini pada tanggal 10 Januari 2024. Kedudukan masjid ini merupakan bersebelahan Stadium Merdeka dan mempunyai reka bentuk bercorak geometri kesenian Islam seperti menara moden, skrin dan seni kaligrafi Islam. Pembinaan masjid ini […]
WAKAF AL-QURAN PENDIDIKAN MAIWP

Program Wakaf Al-Quran Pendidikan MAIWP ini merupakan program penambahbaikan dan pemerkasaan kualiti pendidikan Al-Quran secara holistik dengan melengkapkan kemudahan naskhah Mushaf Al-Quran Terjemahan yang bersesuaian dengan pendidikan di sekolah-sekolah di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Program ini melibatkan sinergi kerjasama bersama MAIWP, PPZ-MAIWP, JAWI, Pertubuhan Ikatan Kasih Ummah dan Jabatan Pendidikan di Wilayah […]
PEMBANGUNAN PUSAT DAKWAH OKU PENGLIHATAN, PERSATUAN ORANG-ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA

Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) merupakan sebuah badan pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendfataran Pertubuhan Malaysia (JPPM) sebagai sebuah pertubuhan kebajikan dengan matlamat untuk menjaga kebajikan ahli OKU Penglihatan amnya dan OKU Penglihatan Islam khususnya. Pembangunan Pusat Dakwah OKU Penglihatan ini merangkumi pembelian sebuah premis yang terletak di Jalan Datuk Haji Eusoff, […]
NAIK TARAF MASJID SALLEHIN, PULAPOL

Permohonan sumbangan wakaf ini bertujuan menggantikan kemudahan sedia ada yang telah uzur serta tidak lagi selamat digunakan, sekali gus menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan sesuai untuk kegunaan masyarakat setempat. Ekoran daripada hujan lebat, persekitaran masjid dinaiki air dan kerap kali berlakunya banjir sehinggakan permaidani ruang solat utama ditenggelami banjir. Apabila berlakunya hujan lebat, berlaku […]
PEMBANGUNAN KOMPLEKS ISLAM PERSATUAN ULAMA’ MALAYSIA

Pembangunan Kompleks Islam ini terletak di Lot 56430, Jalan 2/109C, Taman Abadi Indah, Off Jalan Klang Lama. Kompleks ini bertujuan sebagai sebuah pusat untuk mengembangkan Syiar Islam dan ajaran-ajaran Islam. Kompleks yang bakal didirikan ini mempunyai 10 tingkat dan bakal dilengkapi dengan kemudahan seperti Surau, Tadika Islam, Dewan Serbaguna, Kelas Tahfiz, Pejabat & Bilik Mesyuarat, […]
TABUNG WAKAF PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Tabung Wakaf Pendidikan Wilayah Persekutuan merupakan inisiatif oleh Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) untuk menyediakan sumber kewangan bagi memperkukuh sektor pendidikan di Wilayah Persekutuan. Fokus utama tabung ini adalah membekalkan kelengkapan dan peralatan pembelajaran moden seperti komputer riba, tablet, papan pintar (smartboard), serta barangan keperluan pendidikan lain. Kelebihan utama: 1. […]
PEMBELIAN PERALATAN PERUBATAN & KELENGKAPAN FASILITI, HOSPITAL KUALA LUMPUR (HKL)

Dana wakaf tunai kesihatan diperlukan segera bagi pembelian peralatan perubatan kritikal dan kelengkapan fasiliti yang amat diperlukan oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL). Pelbagai kemudahan peralatan ini dapat dimanfaatkan dan memberi keselesaan yang lebih baik kepada pesakit dan pelbagai latar belakang masyarakat. Antara peralatan ialah Body Composition Analyzer, Electro Micro Drill & Saw, Dental Radiography-Intra Oral, […]
WAKAF SMART DIDIK (WAKAF SMARTBOARD)

Dana wakaf tunai diperlukan bagi pembelian SmartBoard yang akan dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar sekolah di Wilayah Persekutuan. Program ini dikenali sebagai Smart Didik Wakaf dengan kaedah pembelajaran melalui penggunaan teknologi tinggi. Dijangka bakal memberi impak yang besar kepada pelajar dan warga pendidik dalam melahirkan masyarakat yang celik digital. Sebanyak 17 buah Smartboard telah berjaya diagihkan ke […]