PEMBELIAN PERALATAN PERUBATAN & KELENGKAPAN FASILITI, HOSPITAL KUALA LUMPUR (HKL)

Apabila Nafas Menjadi Ihsan

Setiap hari, para doktor di hospital awam berdepan situasi memilukan.

Mesin rawatan kritikal seperti pembekal oksigen (ventilator) dan mesin dialisis buah pinggang sentiasa beroperasi 24 jam tanpa henti, menyebabkan fasiliti sedia ada cepat rosak dan mengalami wear-and-tear yang tinggi.

Bagi seorang pesakit kronik, kelewatan mendapatkan giliran rawatan disebabkan kekurangan mesin perubatan bukan sekadar bermaksud “menunggu”, ia boleh membawa kepada komplikasi kritikal yang meragut nyawa.

Mereka tidak perlukan simpati yang sementara. Mereka memerlukan fasiliti perubatan yang berfungsi untuk terus hidup.

Antara peralatan ialah Body Composition Analyzer, Electro Micro Drill & Saw, Dental Radiography-Intra Oral, Centrifuge, Portable Ultrasound Machine, X-Ray Unit, Autoclave, Transfer Board, Hemodialysis Machine, Drying Cabinet, Flexible Denture Injection Machine, Biofeedback Machine, Slit Lamp, Peritoneal Dialysis, Pd Cycler, Lingwaves Voice Clinic Suite Pro, Ventilator dan Bronchoscope.

“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin di dunia, Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan urusan orang yang berada dalam kesusahan, Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. (Hadis Riwayat Muslim) 

Selagi mana mesin tersebut menyedut keluar toksik daripada darah pesakit buah pinggang, selagi itulah pahala mengalir ke dalam akaun akhirat anda walaupun selepas anda tiada.

Satu keputusan daripada anda hari ini mampu memberikan peluang kedua untuk seorang ayah, seorang ibu, atau seorang anak kembali sihat dan tersenyum.

Jom Wakaf Perubatan hari Ini

 

MAKLUMAT WAKAF

Sasaran: RM1,988,164.71

Terkumpul: RM1,129,498.43

Baki: RM858,666.28

57%
57%

SHARE :

PROJEK BERKAITAN

NAIK TARAF SURAU JUMAAT AL-ASLAHIYAH, KG. KENANGA, JALAN SAN PENG, PUDU

PEMBANGUNAN SURAU UMAR AL-KHATTAB, TAMAN SRI KUCHING

NAIK TARAF DAN PEMBELIAN PERALATAN KESIHATAN PUSAT FISIO MAIWP DI MASJID ABU UBAIDAH AL-JARRAH