NAIK TARAF SURAU JUMAAT AL-ASLAHIYAH, KG. KENANGA, JALAN SAN PENG, PUDU

Latar Belakang Surau Jumaat Al-Islahiyah Bermula sebagai sebuah surau sederhana yang dibina daripada kayu pada tahun 1959 di Kampung Kenanga, Lot 634 dan 324, Seksyen 69, Jalan San Peng, Pudu, Kuala Lumpur, Surau Jumaat Al-Islahiyah telah menjadi saksi kepada perkembangan masyarakat Islam setempat selama lebih enam dekad. Pada ketika itu, surau ini hanya mampu menampung […]

TABUNG WAKAF PASCA BENCANA

Tabung Wakaf Pasca Bencana ini diwujudkan bagi tujuan penyediaan barangan / aset awam untuk keperluan selepas bencana. Selain itu juga, Tabung Wakaf Pasca Bencana ini juga diwujudkan bertujuan untuk membaikpulih barangan / aset awam terutamanya masjid atau surau yang terkesan akibat bencana. Tabung Wakaf Pasca Bencana Wilayah Persekutuan ini tidak hanya terhad kepada menerima wang […]

PEMBANGUNAN SURAU ABBAS AL-HABSHEE, PPR LAKSAMANA, JALAN PEEL

Surau_Abbas_Al-Habshee

Surau Abbas Al-Habshee sedia ada terletak di bawah Blok PPR Laksamana, Jalan Peel, Kuala Lumpur. Surau ini telah mendapat kelulusan sebagai Surau Jumaat. Kepesatan pertumbuhan penduduk di kawasan ini menyebabkan surau sedia ada tidak lagi mampu menampung bilangan jemaah yang semakin meningkat, terutamanya pada waktu solat fardu dan solat Jumaat. Sehubungan dengan pertambahan bilangan penduduk […]

WAKAF AL-QURAN PENDIDIKAN MAIWP

PIKU_Al-Quran

Program Wakaf Al-Quran Pendidikan MAIWP ini merupakan program penambahbaikan dan pemerkasaan kualiti pendidikan Al-Quran secara holistik dengan melengkapkan kemudahan naskhah Mushaf Al-Quran Terjemahan yang bersesuaian dengan pendidikan di sekolah-sekolah di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Program ini melibatkan sinergi kerjasama bersama MAIWP, PPZ-MAIWP, JAWI, Pertubuhan Ikatan Kasih Ummah dan Jabatan Pendidikan di Wilayah […]

PEMBANGUNAN PUSAT DAKWAH OKU PENGLIHATAN, PERSATUAN ORANG-ORANG CACAT PENGLIHATAN ISLAM MALAYSIA

Bangunan_PERTIS

Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) merupakan sebuah badan pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendfataran Pertubuhan Malaysia (JPPM) sebagai sebuah pertubuhan kebajikan dengan matlamat untuk menjaga kebajikan ahli OKU Penglihatan amnya dan OKU Penglihatan Islam khususnya. Pembangunan Pusat Dakwah OKU Penglihatan ini merangkumi pembelian sebuah premis yang terletak di Jalan Datuk Haji Eusoff, […]

NAIK TARAF MASJID SALLEHIN, PULAPOL

Masjid_Pulapol

Setiap kali hujan lebat, Masjid Sallehin PULAPOL dinaiki air. Bantu kami selamatkan Rumah Allah daripada terus tenggelam dalam banjir. PULAPOL Kuala Lumpur bukan sekadar pusat latihan, ia adalah ‘rumah’ kedua bagi wira-wira negara kita. Namun, sejarah telah mencatatkan duka yang mendalam di sini. Menurut laporan berita (Harian Metro), kawasan ini berulang kali menjadi mangsa kemarahan […]

PEMBANGUNAN KOMPLEKS ISLAM PERSATUAN ULAMA’ MALAYSIA

Kompleks_Akademi_Islam

Pembangunan Kompleks Islam ini terletak di Lot 56430, Jalan 2/109C, Taman Abadi Indah, Off Jalan Klang Lama. Kompleks ini bertujuan sebagai sebuah pusat untuk mengembangkan Syiar Islam dan ajaran-ajaran Islam. Kompleks yang bakal didirikan ini mempunyai 10 tingkat dan bakal dilengkapi dengan kemudahan seperti Surau, Tadika Islam, Dewan Serbaguna, Kelas Tahfiz, Pejabat & Bilik Mesyuarat, […]

TABUNG WAKAF PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Tabung_Pendidikan_Wilayah_Persekutuan

Tabung Wakaf Pendidikan Wilayah Persekutuan merupakan inisiatif oleh Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) untuk menyediakan sumber kewangan bagi memperkukuh sektor pendidikan di Wilayah Persekutuan. Fokus utama tabung ini adalah membekalkan kelengkapan dan peralatan pembelajaran moden seperti komputer riba, tablet, papan pintar (smartboard), serta barangan keperluan pendidikan lain. Kelebihan utama: 1. […]

PEMBELIAN PERALATAN PERUBATAN & KELENGKAPAN FASILITI, HOSPITAL KUALA LUMPUR (HKL)

Apabila Nafas Menjadi Ihsan Setiap hari, para doktor di hospital awam berdepan situasi memilukan. Mesin rawatan kritikal seperti pembekal oksigen (ventilator) dan mesin dialisis buah pinggang sentiasa beroperasi 24 jam tanpa henti, menyebabkan fasiliti sedia ada cepat rosak dan mengalami wear-and-tear yang tinggi. Bagi seorang pesakit kronik, kelewatan mendapatkan giliran rawatan disebabkan kekurangan mesin perubatan […]

WAKAF SMART DIDIK (WAKAF SMARTBOARD)

Wakaf_Smartboard

Mengubah Papan Putih Menjadi Skrin Pintar. Tahukah Anda? Di saat anak-anak kita di sekolah swasta atau antarabangsa sudah biasa membentangkan tugasan menggunakan teknologi sentuhan 4K, masih ramai anak-anak asnaf di sekolah Wilayah Persekutuan yang bergantung sepenuhnya kepada papan putih, pen marker, dan buku teks fizikal yang terhad. Jurang digital ini menyukarkan mereka untuk bersaing dalam […]