PEMBANGUNAN KOMPLEKS KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM MAIWP PUTRAJAYA (KKPIMP)

Kompleks Kecemerlangan Pendidikan Islam MAIWP bakal menjadi pemangkin pembangunan modal insan serta pusat pendidikan berimpak tinggi di Wilayah Persekutuan. Dengan konsep Smart Campus berimejkan Islam yang progresif dan dinamik, kompleks ini menggabungkan teknologi moden dengan nilai Islamik bagi melahirkan generasi berilmu, berdaya saing dan berakhlak tinggi. Kompleks Kecemerlangan Pendidikan Islam MAIWP ini dijangka mampu memuatkan seramai […]
WAKAF AL-QURAN PENDIDIKAN MAIWP

Program Wakaf Al-Quran Pendidikan MAIWP ini merupakan program penambahbaikan dan pemerkasaan kualiti pendidikan Al-Quran secara holistik dengan melengkapkan kemudahan naskhah Mushaf Al-Quran Terjemahan yang bersesuaian dengan pendidikan di sekolah-sekolah di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Program ini melibatkan sinergi kerjasama bersama MAIWP, PPZ-MAIWP, JAWI, Pertubuhan Ikatan Kasih Ummah dan Jabatan Pendidikan di Wilayah […]
TABUNG WAKAF PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Tabung Wakaf Pendidikan Wilayah Persekutuan merupakan inisiatif oleh Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) untuk menyediakan sumber kewangan bagi memperkukuh sektor pendidikan di Wilayah Persekutuan. Fokus utama tabung ini adalah membekalkan kelengkapan dan peralatan pembelajaran moden seperti komputer riba, tablet, papan pintar (smartboard), serta barangan keperluan pendidikan lain. Kelebihan utama: 1. […]
WAKAF SMART DIDIK (WAKAF SMARTBOARD)

Mengubah Papan Putih Menjadi Skrin Pintar. Tahukah Anda? Di saat anak-anak kita di sekolah swasta atau antarabangsa sudah biasa membentangkan tugasan menggunakan teknologi sentuhan 4K, masih ramai anak-anak asnaf di sekolah Wilayah Persekutuan yang bergantung sepenuhnya kepada papan putih, pen marker, dan buku teks fizikal yang terhad. Jurang digital ini menyukarkan mereka untuk bersaing dalam […]