Kompleks Kecemerlangan Pendidikan Islam MAIWP bakal menjadi pemangkin pembangunan modal insan serta pusat pendidikan berimpak tinggi di Wilayah Persekutuan.
Dengan konsep Smart CampusĀ berimejkan Islam yang progresif dan dinamik, kompleks ini menggabungkan teknologi moden dengan nilai Islamik bagi melahirkan generasi berilmu, berdaya saing dan berakhlak tinggi.
Kompleks Kecemerlangan Pendidikan Islam MAIWP ini dijangka mampu memuatkan seramai 450 pelajar lelaki, 400 pelajar perempuan dan 300 pelajar tadika.



