Warkah Cinta RM150,000 Almarhumah Zuraidah Buat Rumah Allah

“Jasad sudah dijemput pulang, namun ‘suara’ sedekahnya baru sahaja bermula. Bagaimana seorang wanita membuktikan bahawa cinta kepadanya kepada Allah tidak terputus.”

Kita sering mendengar tentang pelaburan saham yang menjanjikan pulangan ribuan ringgit.

Namun, hari ini kami menyaksikan satu bentuk pelaburan yang jauh lebih agung iaitu Pelaburan Akhirat.

Seorang hamba Allah, Almarhumah Zuraidah binti Muzair, telah membuktikan bahawa kematian bukanlah noktah bagi seorang mukmin untuk berbakti.

Walaupun beliau telah tiada, hasrat murninya untuk melihat Masjid Anas bin Malik tegak berdiri semula akhirnya terlaksana melalui amanah wakaf berjumlah RM150,000.

Amanah hayat yang diuruskan oleh As-Salihin Trustee Berhad ini diserahkan oleh Tuan Hj Abdul Aziz Peru, Ketua Pegawai Eksekutif As-Salihin Trustee Berhad (bagi pihak pelanggannya) kepada En Mohammed Hassan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) PPZ-MAIWP.

“Tiada hadiah yang lebih agung daripada memastikan nama insan tersayang disebut-sebut oleh penduduk langit kerana sedekah jariyahnya.”

Kita sering bertangguh. “Nanti tunggu kaya baru nak wakaf,” atau “Nanti dah tua baru nak fikir pasal amal.”

Namun, Almarhumah Zuraidah mengajar kita satu perkara penting,kematian tidak menunggu kesediaan kita, tetapi amal kitalah yang menunggu kita di sana.

Jom kita ikut jejak Almarhumah Zuraidah binti Muzair dan rebut peluang menjadi “sebutan penduduk langit” hari ini juga.

POS BERKAITAN

Dari Sejadah Di Atas Tar Ke Bangunan Gah!!

Selama bertahun-tahun, setiap kali azan Jumaat berkumandang di celah kesibukan Brickfields, ada satu pemandangan yang...

Penjenamaan Semula Wakaf PPZ kepada Wakaf Wilayah Persekutuan

Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) hari ini mengumumkan penjenamaan semula...

Wakaf Sebagai Dana Jaminan Selepas Mati.

Konsep persaraan bukan sahaja di dunia. Kita semua perlu menyediakan ‘dana jaminan’ untuk kehidupan yang...