PEMBANGUNAN KOMPLEKS KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM MAIWP PUTRAJAYA (KKPIMP)

Kompleks_Kecemerlangan_Pendidikan_Islam

Kompleks Kecemerlangan Pendidikan Islam MAIWP PUTRAJAYA

Bukan sekadar bangunan baharu tapi ini soal masa depan yang tergadai jika kita berlengah.

Ini bukan cerita rekaan. Ini realiti 1,150 pelajar yang bergantung harap pada ruang yang sudah lama tidak mencukupi keperluan mereka.

Bantu kami bina kampus baharu yang mampu membentuk sehingga 3,000 generasi ummah bertaraf dunia.

Pondok Moden Al-‘Abaqirah MAIWP telah lama menjadi rumah ilmu bagi anak-anak ummah yang ramai diantaranya yatim, asnaf, dan dari keluarga berpendapatan rendah. 

Tapi bangunan sedia ada tidak lagi direka untuk keperluan pendidikan moden hari ini.

Satu Smart Campus, Manfaat lebih kepada 3,000 Pelajar.

Kompleks Kecemerlangan Pendidikan Islam MAIWP Putrajaya (KKPIMP) direka bukan sekadar untuk menggantikan bangunan lama tetapi untuk membina satu ekosistem lengkap yang menggabungkan pendidikan, kebajikan dan komuniti dalam satu lokasi strategik di Presint 18, Putrajaya.

Kompleks Kecemerlangan Pendidikan Islam MAIWP ini dijangka mampu memuatkan seramai 450 pelajar lelaki, 400 pelajar perempuan dan 300 pelajar tadika.

 

Setiap ringgit membawa kita lebih dekat kepada hari pertama 3,000 pelajar melangkah masuk ke kampus baharu ini.

“Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, nescaya Allah akan membina untuknya rumah di syurga.”* Riwayat Bukhari & Muslim

Jadi jom kita bina hab pendidikan ummah yang akan berdiri lama selepas kita semua tiada.

Jadi Sebahagian Sejarah Ini .

Jom Wakaf Sekarang`

 

MAKLUMAT WAKAF

Sasaran: RM105,882,352.94

Terkumpul: RM1,029,779.10

Baki: RM104,852,573.84

1%
1%

SHARE :

PROJEK BERKAITAN

PEMBANGUNAN SURAU AN-NA’IM, PRESINT 12, PUTRAJAYA

WAKAF AL-QURAN PENDIDIKAN MAIWP

PEMBANGUNAN SURAU IBNU SINA, HOSPITAL PUTRAJAYA