NAIK TARAF DAN PEMBELIAN PERALATAN KESIHATAN PUSAT FISIO MAIWP DI MASJID ABU UBAIDAH AL-JARRAH

Pusat Fisioterapi MAIWP yang terletak di Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Taman Sri Rampai, Setapak telah siap dibina sepenuhnya pada Oktober 2022 dan telah mula beroperasi pada 17 Oktober 2022. Pusat Fisioterapi MAIWP telah dirasmikan pada 28 Mac 2023 oleh Pengerusi MAIWP pada ketika itu iaitu YBhg Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar.

Pertubuhan Kumpulan Sokongan Komuniti Sejahtera (K2S) (PPM-028-14-16102018) telah bekerjasama bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam menubuhkan Pusat Fisioterapi MAIWP.

Pusat Fisioterapi MAIWP berkonsepkan kabin mempunyai tiga (3) bilik rawatan yang dilengkapi dengan beberapa peralatan khas dan mesin rawatan beserta tiga orang fisioterapis yang berpengalaman dan diiktiraf. Bilik rawatan juga mengasingkan pesakit lelaki dan perempuan bagi memastikan sesi rawatan dilaksanakan dengan mematuhi syariat Islam.

Antara perkhidmatan rawatan yang disediakan oleh Pusat Fisio MAIWP adalah rawatan kesakitan, rawatan pemulihan, khidmat rawatan, perkhidmatan klinikal, perkhidmatan sokongan dan program pendidikan dan pencegahan.

NAIKTARAF PUSAT FISIO MAIWP SEDIA ADA

Pusat Fisioterapi MAIWP sedia ada kini mempunyai 3 bilik rawatan, 1 bilik air dan 1 bilik untuk peralatan tertentu. Pertambahan asnaf yang hadir setiap hari untuk mendapatkan rawatan seperti yang dimaklumkan adalah tiga (3) kali ganda berbanding diawal penubuhan Pusat Fisio MAIWP. Perkara ini menjadi kekangan kepada ruang Pusat Fisio MAIWP sedia ada untuk menapung jumlah pesakit yang ramai ditambah pula dengan ruang menunggu ahli keluarga yang hadir menemani pesakit.

Justeru pembesaran pusat fisioterapi dengan menaiktaraf ruang rawatan sedia ada iaitu daripada tiga (3) bilik kepada tujuh (7) bilik menjadikan jumlah penambahan empat (4) buah bilik rawatan baharu yang dapat menjamin keselesaan dan kelancaran perkhidmatan Pusat Fisio MAIWP.

PEMBELIAN PERALATAN TAMBAHAN BAGI PUSAT FISIO MAIWP SEDIA ADA

Seiring dengan pembesaran dan perluasan pusat fisioterapi, terdapat beberapa peralatan yang diperlukan bagi menambah dan mengisi keperluan di setiap bilik rawatan sekaligus kuantiti yang mencukupi bagi jumlah pesakit yang bakal bertambah dari semasa ke semasa.

Peralatan yang diperlukan adalah bagi memastikan keperluan perkhidmatan yang terbaik dapat disampaikan kepada asnaf merangkumi perkara seperti berikut:

– Peralatan Fisio Utama
– Peralatan Senaman Dan Rehabilitasi
– Perabot Dan Kelengkapan
– Alat Bantu Mobility Untuk Pinjaman
– Sistem IT Dan Dokumentasi
– Utiliti Dan Penyelenggaraan
– Bekalan Perubatan Dan Fisioterapi
– Program Dan Aktiviti

MAKLUMAT WAKAF

Sasaran: RM540,152.94

Terkumpul: RM2,325.00

Baki: RM537,827.94

0%
0%

SHARE :

PROJEK BERKAITAN

TABUNG WAKAF PASCA BENCANA

PEMBANGUNAN SEMULA SURAU DAN KAFA AL-SYAKIRIN, KERAMAT WANGSA

PEMBANGUNAN SURAU ABBAS AL-HABSHEE, PPR LAKSAMANA, JALAN PEEL