PEMBANGUNAN SEMULA MASJID AL-MUBARAKAH, TAMAN BUKIT CHERAS

Masjid Al-Mubarakah merupakan sebuah masjid yang terletak di Zon 5, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berkedudukan di atas Lot 1487 yang berkeluasan 0.655 ekar di Taman Bukit Cheras yang mana mempunyai sekitar 2,000 unit rumah dan 8,000 orang ahli qariah. Pihak pengurusan MAM bercadangan untuk membina bangunan masjid baru bagi menggantikan bangunan masjid sedia ada.Berdasarkan keadaan […]
PEMBANGUNAN MASJID CINA, JALAN DAVIS, KUALA LUMPUR

Pembangunan Masjid Cina, Jalan Davis terletak di Lot 1220, Seksyen 62, Jalan Davis, Kuala Lumpur yang berkeluasan 4.6 ekar. Antara komponen projek : Masjid 3 tingkat Menara masjid Kuarters kakitangan & tetamu masjid Gerai Tandas awam Parkir bertingkat Pondok pengawal
PEMBANGUNAN MASJID BARU TAMAN SALAK JAYA, CHERAS

Pembangunan Masjid Taman Salak Jaya ini bakal menggantikan Madrasah Al-Khairiah, Taman Salak Jaya. Cadangan masjid ini beralih ke tapak baru iaitu Lot 57326 dan Lot 481523 di Taman Salak Jaya. Kedua-dua lot tanah tersebut telah diberimilik dan diwartakan kepada MAIWP. Pembinaan ke atas kedua-dua hartanah ini telah mengambilkira pembinaan masjid, Sekolah Rendah Agama, Tadika Islam […]
PEMBANGUNAN SURAU AR-RAMADANIAH, TAMAN SEGAR RIA, CHERAS

Pangsapuri Segar Ria merupakan salah satu projek perumahan swasta yang telah dibina sekitar tahun 2000. Majoriti penduduk yang tinggal di pangsapuri ini beragama Islam. Dewan Serbaguna Orang Ramai telah dijadikan surau sementara bagi penduduk yang beragama Islam untuk melaksanakan aktiviti solat dan keagamaan. Walau bagaimanapun, dewan serbaguna ini merupakan harta bersama milik penduduk yang mana […]