Dibangunkan sekitar tahun 1987. Dahulu, struktur bangunannya diperbuat daripada papan dan kayu -mampu menampung sekitar 150 orang jemaah. Majoriti persekitaran terdiri daripada kaum India Muslim dan kawasan ini juga turut dikenali sebagai Kampung Kathijah. Lokasi Madrasathul Gouthiyyah ini terletak di : https://maps.app.goo.gl/g28WvSEtoNoLFVV37
Kepesatan penduduk dan pembangunan yang amat drastik di kawasan sekitar menyebabkan keperluan menaiktaraf surau ini menjadi satu keperluan. Pihak surau memerlukan sejumlah dana wakaf bagi menampung kerja-kerja pembinaan dua blok bangunan tambahan untuk keperluan semasa.
“Kita masih memerlukan RM4.1 Juta lagi untuk menyiapkan pembinaan Fasa 2.”
Tanpa fasa kedua ini, impian untuk melihat sebuah pusat komuniti dan tempat ibadat yang benar-benar lengkap untuk generasi akan datang mungkin tidak tercapai.
Jom Sempurnakan Madrasathul Gouthiyyah!
Kami menjemput anda semua untuk bersama-sama menyumbang dalam misi melengkapkan baki RM4.1 juta ini.
Mari kita buktikan bahawa keharmonian negara ini bukan sekadar kata-kata, tetapi dibina dengan kasih sayang dan kedermawanan kita semua.