Pelaburan Baik Yang Dijanjikan Nabi

Wakaf adalah salah satu amalan terbaik dalam Islam, kerana ia menghubungkan kita dengan keberkatan yang kekal.

Apabila anda mewakafkan harta, ia menjadi aset fizikal seperti masjid, sekolah, atau klinik yang memberikan manfaat berterusan kepada komuniti.

Dalil dari Rasulullah SAW:

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya melainkan tiga perkara: sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakannya.”

Melabur dalam Wakaf Wilayah adalah memastikan anda meninggalkan legasi yang terus memberi manfaat, menepati janji Nabi.

Bayangkan, setiap kali aset Wakaf itu digunakan, ganjaran terus kembali kepada akaun amal anda,ganjaran yang diredhai dan berterusan.

Jom mula berwakaf dan beri manfaat untuk semua

POS BERKAITAN

Safar Tour 1 bawa pewakaf lihat sendiri impak sumbangan

Wakaf Wilayah Persekutuan hari ini melancarkan Program Safar Tour iaitu satu inisiatif baharu bagi memberi...

5,000 Naskhah Al-Quran Wakaf Diserah Kepada Sekolah di Putrajaya

Sebanyak 5,000 naskhah Al-Quran bernilai RM300,000 hasil sumbangan wakaf telah diserahkan kepada sekolah-sekolah di seluruh...

Dari Sejadah Di Atas Tar Ke Bangunan Gah!!

Selama bertahun-tahun, setiap kali azan Jumaat berkumandang di celah kesibukan Brickfields, ada satu pemandangan yang...