Wakaf Sebagai Dana Jaminan Selepas Mati.

Konsep persaraan bukan sahaja di dunia. Kita semua perlu menyediakan ‘dana jaminan’ untuk kehidupan yang kekal, iaitu di alam Barzakh.

Amalan Wakaf adalah ‘pencen’ paling strategik yang boleh kita sediakan.

Apabila kita meninggal dunia, semua amal terhenti, kecuali amalan yang terus memberi manfaat.

Wakaf yang anda tunaikan hari ini disalurkan untuk membina kemudahaan dan bangunan yang menjadi manfaat untuk semua.

Ini adalah sumber pahala yang tidak terjejas oleh kematian.

Rasa Aman di Kubur: Bayangkan, walaupun jasad anda dijemput pulang, dana yang anda wakafkan masih aktif, terus memberi manfaat, dan pahalanya terus mengalir untuk anda. Ini adalah jaminan terbaik untuk meraih ketenangan dan kesejahteraan di alam kubur.

Jangan tangguhkan lagi persediaan persaraan akhirat anda.

Pastikan jaminan “pencen kubur” kita ada melalui wakaf.

POS BERKAITAN

Safar Tour 1 bawa pewakaf lihat sendiri impak sumbangan

Wakaf Wilayah Persekutuan hari ini melancarkan Program Safar Tour iaitu satu inisiatif baharu bagi memberi...

5,000 Naskhah Al-Quran Wakaf Diserah Kepada Sekolah di Putrajaya

Sebanyak 5,000 naskhah Al-Quran bernilai RM300,000 hasil sumbangan wakaf telah diserahkan kepada sekolah-sekolah di seluruh...

Dari Sejadah Di Atas Tar Ke Bangunan Gah!!

Selama bertahun-tahun, setiap kali azan Jumaat berkumandang di celah kesibukan Brickfields, ada satu pemandangan yang...