PEMBANGUNAN SURAU AR-RAMADANIAH, TAMAN SEGAR RIA, CHERAS

Surau_Ar-Ramadaniah

Pangsapuri Segar Ria merupakan salah satu projek perumahan swasta yang telah dibina sekitar tahun 2000. Majoriti penduduk yang tinggal di pangsapuri ini beragama Islam. Dewan Serbaguna Orang Ramai telah dijadikan surau sementara bagi penduduk yang beragama Islam untuk melaksanakan aktiviti solat dan keagamaan. Walau bagaimanapun, dewan serbaguna ini merupakan harta bersama milik penduduk yang mana turut didiami oleh golongan yang bukan beragama Islam.

Pihak MAIWP telah menyediakan lot tapak yang sesuai untuk didirikan surau. Kos pembangunan surau ini dijangka menelan belanja sekitar RM3.5 Juta. Tapak cadangan pembangunan Surau Ar-Ramadaniah, Taman Segar Ria yang baru ini bertempat di Lot PT 7565 yang berkeluasan 4,048 meter persegi dan merupakan tanah milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

MAKLUMAT WAKAF

Sasaran: RM4,117,647.06

Terkumpul: RM41,527.10

Baki: RM4,076,119.96

1%
1%

SHARE :

PROJEK BERKAITAN

PEMBANGUNAN SEMULA MASJID AL-MUBARAKAH, TAMAN BUKIT CHERAS

PEMBANGUNAN SURAU AN-NA’IM, PRESINT 12, PUTRAJAYA

PEMBANGUNAN MADRASATHUL GOUTHIYYAH, BRICKFIELDS