Permohonan sumbangan wakaf ini bertujuan bagi menaik taraf Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan.
Kerja-kerja menaik taraf masjid ini perlu dilaksanakan bagi menjamin keselesaan para jemaah yang hadir ke masjid. Masjid ini telah mula digunakan pada tahun 2005 tanpa kemudahan penghawa dingin dan mempunyai 3 tingkat dan mampu memuatkan seramai 3,000 jemaah pada satu-satu masa.

Bagi menjamin keselesaan para jemaah, pihak masjid berhasrat untuk menyediakan kemudahan penghawa dingin di kawasan ruang solat utama masjid. Selain itu juga, pihak masjid berhasrat untuk mengecat bangunan masjid, pengubahsuaian mihrab masjid dan kerja-kerja turapan jalan.