Setiap kali hujan lebat, Masjid Sallehin PULAPOL dinaiki air.
Bantu kami selamatkan Rumah Allah daripada terus tenggelam dalam banjir.
PULAPOL Kuala Lumpur bukan sekadar pusat latihan, ia adalah ‘rumah’ kedua bagi wira-wira negara kita. Namun, sejarah telah mencatatkan duka yang mendalam di sini. Menurut laporan berita (Harian Metro), kawasan ini berulang kali menjadi mangsa kemarahan alam.
Fakta Yang Tidak Boleh Kita Abaikan:
Tragedi 2020 & 2025: Kita masih belum lupa bagaimana hujan lebat luar biasa menyebabkan air sungai berhampiran melimpah, menenggelamkan asrama dan Masjid Sallehin.



Bayangkan masjid yang sepatutnya menjadi tempat paling tenang, terpaksa berdepan dengan arus banjir kilat yang merosakkan segala-galanya bermula daripada sistem elektrik hingga ke struktur dinding yang kini semakin uzur.



Menyedihkan apabila melihat anggota dan pelatih polis yang sepatutnya menjaga keselamatan kita terpaksa dipindahkan dan menyelamatkan diri apabila air mula menenggelamkan kawasan masjid dan persekitarannya.
Hati mana yang tidak luluh?
Kami bukan sahaja mahu membaiki bumbung yang bocor, tetapi menaik taraf sistem saliran dan struktur masjid secara menyeluruh supaya:
- Masjid bebas banjir 100%.
- Ruang solat yang lebih luas dan kondusif.
- Fasiliti yang mesra jemaah asnaf dan warga emas.
Jangan biarkan tragedi banjir 2020 dan 2025 berulang kembali.
Cukuplah air mata jemaah melihat rumah Allah ini tenggelam. Saatnya kita bertindak.

Harta yang anda simpan akan habis, tapi harta yang anda wakafkan akan ‘bekerja’ untuk anda di alam sana.
Setiap dahi yang sujud di atas lantai yang kering dan selesa hasil sumbangan anda, pahalanya mengalir terus ke akaun akhirat anda.
“Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah akan membina baginya rumah di syurga.” (HR. Muslim).
Jangan biarkan hujan seterusnya menjadi duka buat jemaah Masjid Sallehin.
Wakaf sekarang bersama Wakaf Wilayah Persekutuan.
Diuruskan oleh PPZ-Maiwp dan dimilik sepenuhnya oleh Majils Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)