PEMBANGUNAN DAN NAIK TARAF MASJID JAMEK TENGKU ABDUL AZIZ SHAH, KAMPUNG SUNGAI PENCHALA

Tapak pembangunan ini terletak di Kampung Sungai Penchala, di Jalan Sungai Penchala bersebelahan dengan Restoran Sambal Hijau, antara restoran terkenal di Sungai Penchala. Kedudukan yang strategik di antara 3 simpang menjadikan masjid ini antara masjid yang sentiasa di penuhi Oleh orang ramai. Masjid ini telah melalui beberapa fasa ubahsuai sepanjang lebih 80 tahun. Hal ini telah menyebabkan susunan ruang-ruang yang kurang teratur.

Cadangan pembangunan Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah, Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur merupakan satu cadangan pemajuan yang bertujuan untuk meningkatkan fungsi, kualiti, keselamatan dan keselesaan kemudahan masjid bagi memenuhi keperluan jemaah serta komuniti setempat. Cadangan pemajuan ini mengambil kira keadaan tapak dan pembangunan sedia ada serta keperluan untuk menyediakan sebuah kemudahan keagamaan yang lebih teratur, selesa dan berdaya guna. Penyusunan semula ruang dan penyediaan kemudahan sokongan akan membolehkan masjid berfungsi bukan Sahaja sebagai tempat ibadah, malah sebagai pusat aktiviti keagamaan, pendidikan, kebajikan dan kemasyarakatan bagi penduduk Kampung Sungai Penchala.

Dari aspek perancangan, cadangan ini telah mengambil kira dasar dan hala tuju pembangunan yang ditetapkan melalui Rancangan Struktur Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2035 dan Rancangan Tempatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur 2035, di samping mengambil kira garis panduan perancangan serta kehendak teknikal agensi-agensi berkaitan. Cadangan pemajuan turut memberi perhatian terhadap aspek fizikal, ekonomi, sosial, infrastruktur dan utiliti serta alam sekitar. Penekanan diberikan kepada penyediaan akses yang lebih baik, keselamatan pengguna, pengurusan pergerakan jemaah, penyediaan kemudahan sokongan, pengurusan air hujan serta penerapan elemen pembangunan yang lebih mampan.

Dari aspek impak sosial, cadangan ini dijangka memberikan manfaat positif kepada komuniti setempat melalui peningkatan kualiti kemudahan ibadah dan penyediaan ruang yang lebih sesuai untuk aktiviti keagamaan serta kemasyarakatan. Sebarang impak negatif yang mungkin timbul semasa tempoh pembinaan seperti bunyi bising, habuk, sisa pembinaan dan gangguan trafik adalah bersifat sementara dan boleh dikawal melalui pengurusan tapak Serta langkah mitigasi yang bersesuaian. Cadangan ini juga mengambil kira kekangan tapak dan keadaan persekitaran sedia ada, termasuk keperluan mengurus pergerakan kenderaan dan penyediaan tempat letak kenderaan bagi mengurangkan gangguan kepada kawasan kejiranan.

MAKLUMAT WAKAF

Sasaran: RM8,117,647.06

Terkumpul: RM530.00

Baki: RM8,117,117.06

0%
0%

SHARE :

PROJEK BERKAITAN

NAIK TARAF SURAU JUMAAT AL-ASLAHIYAH, KG. KENANGA, JALAN SAN PENG, PUDU

PENGGANTIAN SISTEM PENGHAWA DINGIN DEWAN AL-GHAZALI DI MASJID AL-IMAM AL-GHAZALI, KEPONG

PEMBANGUNAN SURAU UMAR AL-KHATTAB, TAMAN SRI KUCHING