Pembangunan Kompleks Islam ini terletak di Lot 56430, Jalan 2/109C, Taman Abadi Indah, Off Jalan Klang Lama. Kompleks ini bertujuan sebagai sebuah pusat untuk mengembangkan Syiar Islam dan ajaran-ajaran Islam. Kompleks yang bakal didirikan ini mempunyai 10 tingkat dan bakal dilengkapi dengan kemudahan seperti Surau, Tadika Islam, Dewan Serbaguna, Kelas Tahfiz, Pejabat & Bilik Mesyuarat, Asrama Pusat Latihan, Rumah Rehat Musafir, Kuarters, Presmis Kedai dan Parkir Kereta.

