Alhamdulillah, pembinaan surau baru kini hampir ke garisan penamat… Namun, masih berbaki sejumlah dana yang diperlukan bagi menyiapkan sepenuhnya rumah Allah ini.
Projek pembangunan Surau lbnu Sina, Hospital Putrajaya ini sedang dalam pelaksanaan dan kerja-kerja pembangunan sedang giat dijalankan. Walau bagaimanapun, pembangunan surau ini memerlukan sejumlah baki RM593,379.94 untuk mencukupkan keseluruhan pembangunan surau.
Surau hospital ini sedang dibangunkan demi memberi ruang ibadah yang lebih selesa kepada pesakit, waris dan kakitangan. Jom jadi sebahagian daripada pembinaan ini melalui sumbangan wakaf anda — semoga setiap solat yang didirikan menjadi pahala berterusan buat kita, insya-Allah.
Jangan biarkan pembinaan ini terhenti di tengah jalan. Jom sempurnakan rumah ibadah ini bersama!
