Mengubah Papan Putih Menjadi Skrin Pintar.
Tahukah Anda?
Di saat anak-anak kita di sekolah swasta atau antarabangsa sudah biasa membentangkan tugasan menggunakan teknologi sentuhan 4K, masih ramai anak-anak asnaf di sekolah Wilayah Persekutuan yang bergantung sepenuhnya kepada papan putih, pen marker, dan buku teks fizikal yang terhad.
Jurang digital ini menyukarkan mereka untuk bersaing dalam subjek kritikal seperti Sains, Matematik (STEM), dan Teknologi Maklumat.
Solusinya: Projek Wakaf Smart Didik MAIWP 🖥️
Melalui dana wakaf tunai yang anda sumbangkan, kami menggantikan papan tulis lama kepada Interactive Smartboard yang dilengkapi dengan:
- Skrin interaktif sesentuh berdefinisi tinggi (4K Display).
- Akses perisian visual 3D untuk subjek sains dan matematik.
- Sistem pengajaran hibrid yang menghubungkan bilik darjah terus ke sumber digital global.
Bantu anak-anak murid di Wilayah Persekutuan keluar daripada kepompong pembelajaran tradisional. Projek Wakaf Smart Didik menyasarkan penstrukturan digital bilik darjah melalui pemasangan Interactive Smartboard* bersepadu demi melahirkan generasi celik teknologi yang mampu bersaing di peringkat global.
Setiap ringgit yang anda salurkan adalah pelaburan akhirat yang akan mengalir pahalanya.
Apabila mati seorang manusia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah (wakaf), ilmu yang diambil manfaat dengannya, dan anak yang soleh mendoakan untuknya.”* — (Hadis Riwayat Muslim)
Jangan biarkan anak-anak asnaf kita ketinggalan di belakang dalam dunia yang bergerak pantas.
Hari ini, jari jemari mereka menyentuh skrin pintar hasil wakaf anda, esok lusa, mereka memimpin ummah dengan ilmu yang anda wakafkan.