Permohonan sumbangan wakaf ini bertujuan menggantikan kemudahan sedia ada yang telah uzur serta tidak lagi selamat digunakan, sekali gus menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan sesuai untuk kegunaan masyarakat setempat.

Ekoran daripada hujan lebat, persekitaran masjid dinaiki air dan kerap kali berlakunya banjir sehinggakan permaidani ruang solat utama ditenggelami banjir.

Apabila berlakunya hujan lebat, berlaku kebocoran pada atap genting dan menyebabkan permaidani ruang solat utama basah. Ia mengakibatkan bau dan rasa kurang selesa apabila melaksanakan aktiviti di dalam masjid.