PEMBANGUNAN SURAU ABBAS AL-HABSHEE, PPR LAKSAMANA, JALAN PEEL

Surau_Abbas_Al-Habshee

Surau Abbas Al-Habshee sedia ada terletak di bawah Blok PPR Laksamana, Jalan Peel, Kuala Lumpur. Surau ini telah mendapat kelulusan sebagai Surau Jumaat. Kepesatan pertumbuhan penduduk di kawasan ini menyebabkan surau sedia ada tidak lagi mampu menampung bilangan jemaah yang semakin meningkat, terutamanya pada waktu solat fardu dan solat Jumaat.

Sehubungan dengan pertambahan bilangan penduduk serta kekangan ruang di surau sedia ada, pembinaan sebuah surau baharu amat diperlukan bagi memastikan keselesaan dan kelancaran ibadah jemaah, terutamanya pada waktu solat berjemaah dan program keagamaan.

Lokasi cadangan pembinaan surau baru ini terletak bersebelah dengan PPR Laksamana, Jalan Peel, Kuala Lumpur.

MAKLUMAT WAKAF

Sasaran: RM3,529,411.76

Terkumpul: RM58,713.20

Baki: RM3,470,698.56

2%
2%

SHARE :

PROJEK BERKAITAN

PEMBANGUNAN SEMULA MASJID AL-MUBARAKAH, TAMAN BUKIT CHERAS

PEMBANGUNAN SURAU AN-NA’IM, PRESINT 12, PUTRAJAYA

PEMBANGUNAN MADRASATHUL GOUTHIYYAH, BRICKFIELDS