5,000 Naskhah Al-Quran Wakaf Diserah Kepada Sekolah di Putrajaya

Sebanyak 5,000 naskhah Al-Quran bernilai RM300,000 hasil sumbangan wakaf telah diserahkan kepada sekolah-sekolah di seluruh Putrajaya menerusi Majlis Perasmian Penyerahan Wakaf Al-Quran Pendidikan MAIWP Siri 2 Tahun 2026, sekali gus memperkukuh usaha membudayakan al-Quran dalam kalangan warga pendidikan.

Majlis yang berlangsung di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer disaksikan Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWP) Putrajaya, Tuan Haji Nadimin Abdul Aziz, serta Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman.

Inisiatif wakaf ini merupakan sebahagian daripada komitmen MAIWP dalam memperluas akses kepada bahan bacaan al-Quran yang berkualiti di institusi pendidikan, sekali gus menyokong usaha melahirkan generasi yang celik al-Quran dan berakhlak mulia.

Program tersebut juga menjadi manifestasi kerjasama strategik antara MAIWP, PPZ-MAIWP dan JPWP Putrajaya dalam memperkukuh pembangunan pendidikan Islam serta menyemarakkan budaya membaca, memahami dan menghayati al-Quran dalam kalangan pelajar.

Diharapkan setiap helaian yang dibaca dan setiap ilmu yang dipelajari daripada naskhah-naskhah Al-Quran wakaf ini akan menjadi amal jariah yang berterusan kepada para pewakaf, di samping memberi manfaat kepada generasi pelajar pada masa kini dan akan datang.

POS BERKAITAN

Safar Tour 1 bawa pewakaf lihat sendiri impak sumbangan

Wakaf Wilayah Persekutuan hari ini melancarkan Program Safar Tour iaitu satu inisiatif baharu bagi memberi...

Dari Sejadah Di Atas Tar Ke Bangunan Gah!!

Selama bertahun-tahun, setiap kali azan Jumaat berkumandang di celah kesibukan Brickfields, ada satu pemandangan yang...

Warkah Cinta RM150,000 Almarhumah Zuraidah Buat Rumah Allah

“Jasad sudah dijemput pulang, namun ‘suara’ sedekahnya baru sahaja bermula. Bagaimana seorang wanita membuktikan bahawa...